RSS Feed!

Sumber Dana

Periksa Status CTOS

CTOS nama singkatan untuk Credit Tip Off Service.

CTOS merupakan sumber rujukan untuk institusi kewangan setiap kali menerima permohonan bantuan kewangan daripada individu ataupun syarikat.  Jadi, setiap kali seseorang membuat permohonan pinjaman, kad kredit, hire purchase dan sebagainya, besar kemungkinan institusi kewangan akan dapat maklumat mengenai kewangan pemohon dahulu sebelum meluluskan permohonan tersebut.

CTOS tidak memberi pandangan atau nasihat kepada pihak peminjam mengenai mana-mana peminjam. CTOS hanya memberi maklumat seperti seperti track record pembayaran hutang-hutang oleh pemohon. Pihak peminjam akan menggunakan maklumat ini untuk menilai sama ada untuk meluluskan permohonan tersebut.

Adakah CTOS sama dengan Blacklist?

Dalam konteks pinjaman, apabila seseorang dalam status blacklist atau disenarai-hitamkan, maka permohonan bantuan kewangannya tidak akan diluluskan oleh mana-mana bank. Berdasarkan pandangan umum, CTOS sama dengan blacklist. Namun, sebenarnya CTOS dan status blacklist tidak sama – walaupun ada kaitan.

CTOS hanya pemberi maklumat. Pihak peminjam seperti bank yang membuat keputusan untuk memberi pinjaman.  Kriteria yang digunakan lebih kurang sama antara semua bank. Maka apabila maklumat daripada CTOS kurang cantik menyebabkan pemohon gagal mendapat pinjaman daripada Bank A (contoh), maka besar kemungkinan pemohon tersebut akan gagal juga mendapat pinjaman daripada bank-bank lain kerana mereka juga menggunakan maklumat yang sama daripada CTOS untuk membuat keputusan. Jadi tidak hairan ramai yang anggap CTOS sama dengan blacklist.

Periksa rekod CTOS

Maklumat lebih lanjut mengenai CTOS dan cara untuk periksa rekod CTOS boleh didapati di laman web utama mereka:  www.ctos.com.my

Pinjaman Coshare dan status blacklist

Pemohon pinjaman Coshare yang blacklist masih layak mendapat pinjaman selagi jumlah hutang yang tidak berbayar tidak melebihi RM30,000.

Comments are closed.